Rabu, 11 November 2009

BAKA IPK N.SEMBILAN


LATAR BELAKANG


Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) adalah salah satu Bahagian di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai beroperasi secara rasmi pada 1 Jun 2007. Kemeterian Kewangan melalui perakuan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan perjawatan cadangan penubuhan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM melalui Waran Perjawatan Bil. K41 Tahun 2007 Bertarikh 3 April 2007.

Sebanyak 1435 perjawatan baru telah diwujudkan dan 25 perjawatan sedia ada telah dimansuhkan. Sebanyak 3 elemen telah diwujudkan dalam BAKA iaitu :-
• Unit Agama
• Unit Kaunseling
• Unit Pentadbiran

Sebelum ini penubuhan BAKA ini PDRM telah mempunyai satu unit yang menguruskan hal ehwal kaunseling dalam PDRM. Manakala hal ehwal agama Islam tidak terdapat unit khusus yang menguruskannya walaupun terdapat 75 orang pegawai dalam Skim Hal Ehwal Islam gred S17 yang ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan dengan keagamaan dalam PDRM. Dengan penubuhan BAKA ini kedua-dua fungsi ini telah dicantumkan di bawah satu bahagian yang di namakan sebagai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), PDRM.

Bahagian ini akan diketua oleh Timbalan Ketua Urusetia Ketua Polis Negara yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya II (SACII). Bahagian ini diletakkan di bawah Setiausaha Polis Malaysia (SUPM). Bahagian ini mengandungi tiga cawangan utama iaitu Cawangan Agama, Cawangan Kaunseling dan Pentadbiran.

Penubuhan Bahagian ini dengan matlamat untuk memantapkan integriti pasukan dengan nilai-nilai murni dalam melahirkan warga PDRM yang lebih berkualiti melalui pendekatan kerohanian dan kaunseling. Bahagian ini diberi tanggungjawab untuk mengatur program-program keagamaan dan memberi kaunseling kepada semua peringkat pegawai dalam PDRM.






VISI

Memantapkan integriti pasukan dengan nilai-nilai murni dalam melahirkan warga PDRM yang lebih berkualiti






MISI

Pemangkin ke arah kemantapan integriti pasukan melalui pendekatan kerohanian dan kaunseling






OBJEKTIF


· Membentuk kepimpinan yang berwibawa dan warga PDRM yang profesional, berketrampilan, dedikasi dan berhikmah.

· Memastikan warga PDRM dapat mempertingkatkan produktiviti dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif melalui pendekatan kerohanian dan kaunseling.

· Mempertingkatkan mutu disiplin berlandaskan etika kerja yang cemerlang.
Memantapkan semua aspek pembangunan diri dan kerjaya warga PDRM bagi mencapai tahap pemikiran yang lebih positif, penghasilan kerja yang profesional dan berkualiti